Tasek, Perak

Tasek atau Kampung Tasek terletak di utara bandar raya Ipoh, Perak, Malaysia. Tasek berhampiran dengan Kampung Tawas, Bercham, dan Tambun. Ramai juga penduduknya bekerja di Kawasan perindustrian Tasek. Zon Industri ini telah lama diwujudkan sama seperti Sungai Way di Petaling Jaya dan Bayan Lepas di Pulau Pinang . Pengguna Lebuh raya Utara Selatan pasti dapat melihat kilang simen yang terletak di Kawasan Perindustrian Tasek. Kilang simen ini menggunakan batu kapur dari bukit bersebelahan sebagai bahan asas dan telah dibina pada tahun 1962 lagi. Malangnya tokong Perak Tong juga terletak di sini dan kerja-kerja kuari pecah batu pernah dilakukan. Terdapat landasan kereta api dari kilang ini untuk mengangkut simen di utara dan selatan tanahair.Pagar landasan kereta api dari kilang Tasek Cement menghalang kelancaran pengangkutan. Oleh itu sebuah jambatan telah dibina bagi memudahkan pengangkutan jalan raya tanpa mengganggu laluan kereta api.Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada Julai 2011 di kawasan Jalan Tasek, Ipoh ialah IPU 136 - tidak sihat. Rekod itu dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar. [1]